Panduan Buat Seo
Saya dapati keyword Panduan Buat Seo ini dari Rank Tracker yang di pasang di wordpress happysus.com. Saya dapati memang tiada post saya yang menerangkan secara langsung tentang panduan buat seo ini.
Saya ada membuat kajian keyword di blog saya. Jemputlah baca kajian keyword dalam post happysus.com.
Apakah SEO?
Seo secara akronim adalah search engine optimization” atau “search engine optimizer. Pada pengamatan saya di Malaysia ramai webmaster tidak buat kajian keyword. Saya rasa mereka tahu trafik yang terbanyak adalah melalui carian di Google. Carian ini dinamakan organik trafik. Organik traffik terbaik dari search engine adalah melalui SEO. Walaupun SEM- search engine marketing juga penting. Menguasai No1 di first page Google untuk satu keyword bermakna menguasai carian untuk keyword yang kita sasarkan. Google mendahului search engine lain sebanyak 60% pengunaan carian di United States dan 95% di kebanyakan negara termasuk Australia. Jadi tidak salah saya katakan menguasai Google kita akan menguasai carian di internet. Kalau satu keyword kita dapat No1. di Google ini bermakna kita akan mendapat kebarangkalian klik 50% – 60%. Kalau sebulan carian di Google adalah 100,000 untuk sesuatu keyword maka kita akan mendapat trafik organik sebanyak 50,000 – 60,000 sebulan. banyak tu. Ini baru satu keyword. kalau 10 keyword. Barapa? Kalau anda letakkan iklan contohnya adsense. Dari 39,141 page impressions terdapat 3,475 klik.
Secara ringkasnya seo adalah berkaitan dengan usaha kita untuk mengoptimakan carian keyword blog/website kita di search engine seperti Google, yahoo dan Bing. SEO adalah usaha kita untuk membaiki ranking di engine carian untuk carian yang specifik atau keyword. Google tidak pernah menerangkan cara kita mendapat first page google tetapi Google bagi kita ebook Asas Panduan membuat seo pada website kita. Anda saja yang tidak mahu download. hee.. jangan marah.
Ranking SEO – Perniagaan Internet
Saya ingin katakan tanpa kajian seo untuk keyword kita maka kita telah meninggalkan satu perkara yang penting untuk meletakkan website kita di first page google. On page adalah suatu yang penting dilakukan untuk buat seo. Tanpa kajian keyword on page yang baik tidak dapat membantu rank di first page google. Google ni, kadang-kadang susah jua nak di ramal sejak google mengeluarkan Panda banyak website jatuh dalam carian google. Bagaimana cara mengatasi panda.
Table : Optimization Rate untuk top website keyword “Perniagaan internet”
Data di atas adalah kaitan keyword “Perniagaan internet” dalam 10 website di atas. Ini membuktikan kalau Optimization Rate tinggi tidak semestinya website kita top. Banyak faktor yang di ambil kira seperti link berkualiti dari website authority tinggi atau mudah orang kata website PR tinggi.
Beza carian http://www.google.com/#hl dan http://google.com.my/#hl
Saya buat perbandingan ini pada hari yang sama, 7 Ogos 2011. Saya dapati sekarang google saya telah berubah parameters dalam query menggunakan hl = language of the interface bermaksud google menggunakan data pusat bagi negara-negara yang berbeza di mana anda mungkin melihat perbezaan dalam kedudukan dalam ranking. Perbezaan dalam keputusan untuk permintaan carian sendiri menunjukkan perbezaan dalam keputusan pusat data.
http://www.google.com/#hl
http://www.google.com.my/#
Hasil carian adalah berbeza pada saya adalah bergantung kepada CTR (Click through rate). Ada boleh download data spy backlink yang saya beri percuma dalam blog saya ini. Blog hasbulaqil mempunyai backlink dari semua top blog dalam keyword perniagaan internet balik ke hasbulaqill.com. Google akan melihat releven sesuatu website dari backlink yang dibuat.
Whois data menunjukkan sesuatu lamanweb dari mana. contoh dalam alamat pemilik web tersebut. Backlink dari blog PR tinggi banyak memberi effect. Maksudnya jika ada backlink dalam negara tersebut kepada website yang kita cari maka ini akan memberi kesan pada ranking. Lebih lagi website PR tinggi.
No related posts.








